Seminar MyOKU

Bengkel 16 & 17 Oktober 2023
Cara Daftar Google Bisnes, Google Bisnes atau yang sebelumnya dikenal sebagai Google Places merupakan sebuah platform yang disediakan oleh Google untuk memungkinkan sebuah bisnis atau usaha memiliki sebuah profil bisnis online. Profil bisnis online yang dimaksud adalah sebuah halaman di Google yang berisi informasi bisnis seperti nama, jenis usaha, alamat, nombor telepon, jam operasional hingga peta lokasi bisnis.

Bengkel 19 & 20 Oktober 2023
Perakaunan dan kewangan adalah salah satu perkara penting dalam perniagaan. Setelah menamatkan kursus ini, para peserta akan mempunyai ilmu yang diperlukan untuk menguruskan akaun perniagaan dan meningkatkan pengetahuan am tentang bagaimana mengurus perakaunan dan kewangan mengikut amalan yang terbaik berkaitan dengan dokumen, rekod dan sistem fail.

Bengkel 21 & 22 Oktober 2023
Bila ada jenama, semua orang akan kenal kita. Namun, jenama bukan sekadar nama atau logo tetapi ia adalah persepsi pengguna kepada jenama kita.
Kita harus mengutamakan persepsi jenama agar selari dengan visi dan misi syarikat atau perniagaan.
Bagaimana ia di susun dan perlaksanaan kawalan jenama yang berterusan juga amat penting.
Selepas mempunyai penjenamaan yang betul, ramai di kalangan usahawan dan syarikat gagal dalam meletakkan penjenamaan ini kepada satu buku garis panduan jenama.
Bagaimana anda menyusun buku garis panduan jenama ini akan memastikan supaya semua kakitangan tahu bagaimana untuk menjelaskan identity syarikat dan perniagaan kepada pelanggan.
Tanpa buku garis panduan jenama yang betul, sesuatu jenama itu mungkin akan tersasar dalam meneruskan perjalanan bersama-sama kakitangan serta pelanggan.









