Keahlian MyOKU-JKM
Malaysia
Pendahuluan
Keahlian MyOKU-Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan sebuah projek Projek Perintis (Pertama) dibawah Koperasi Usahawan Myoku Selangor Berhad mengikut konsep Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) bagi Memperkasa dan Mengupaya Orang Kurang Upaya (OKU) khasnya dalam pelbagai bidang yang diceburi selepas tamat zaman sekolah khas.
Di mana semua OKU akan diletak di bawah satu direktori di bawah MyOKU.
Tujuan
Menubuhkan satu direktori bagi membantu JKM dalam menguruskan OKU berdaftar.
Objektif Projek
Meningkatkan Kesedaran Masyarakat OKU bahawa dengan direktori keahlian yang tersusun, ia dapat memudahkan proses penyampaian maklumat serta pemberian bantuan bersasar yang lebih efektif kepada golongan oku yang berdaftar dengan JKM.
Visi
Mewujudkan direktori yang lebih tersusun serta tulus dalam membantu JKM membantu golongan OKU.
Misi
Memastikan sekurang-kurangnya 200,000 golongan OKU berdaftar dengan sistem keahlian ini.
Aktiviti
- Direktori Keahlian MyOKU-JKM
- Penyampaian Maklumat Bantuan
- Borang Permohonan Bantuan Bersasar
Isi Butiran Anda
Sila pastikan anda mengisi butiran yang betul mengikut seperti arahan pada borang keahlian Membership MyOKU Jabatan Kebajikan Masyarakat









