PUSAT PEMBANGUNAN POTENSI (PPP)
Malaysia
Pendahuluan
PUSAT PEMBANGUNAN POTENSI merupakan sebuah Projek Perintis (Pertama) dibawah Koperasi Usahawan Myoku Selangor Berhad mengikut konsep Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) bagi Memperkasa dan Mengupaya Orang Kurang Upaya (OKU) khasnya dalam pelbagai bidang yang diceburi selepas tamat zaman sekolah khas.
Mengimbangi Jurang Ekonomi dan Peluang Gig Ekonomi kepada OKU dalam Penempatan Kerjaya serta Keusahawanan.
Tujuan
Menubuhkan PUSAT PEMBANGUNAN POTENSI bagi Menjamin kelangsungan hidup dan Potensi Golongan OKU dalam Industri, Agensi Kerajaan, Swasta dan Keusahawanan terus diperkasa.
Menambah nilai kualiti kerja, produk, aktiviti bagi golongan OKU khususnya selepas tamat zaman persekolahan
Objektif Projek
Meningkatkan Kesedaran Masyarakat bagi Mengupaya dan Memperkasa Orang Kurang Upaya (OKU) dalam masyrakat yang Inklusif serta Produktif.
Memberi Penjagaan, Latihan, Kemahiran, Pendidikan, Pembuatan, Peluang Pekerjaan, Rehabilitasi, Kaunseling dan melibatkan Diri dalam bidang Keusahawanan.
Menganalisa OKU yang proaktif untuk ditempatkan dalam aktiviti Ekonomi & Industri
Visi
Membuka lebih banyak Cawangan PPP bagi memberi lebih banyak peluang kepada OKU
Menaiktaraf OKU daripada penerima bantuan kepada Pembayar Zakat.
Misi
Memperkasa golongan Minoriti (OKU) dalam pelbagai aktiviti bagi memangkin Ekonomi OKU serta tenaga mahir seiring golongan biasa.
Memberi satu Anjakan Paradigma kepada masyarakat agar lebih mengenali OKU dengan lebih dekat
Aktiviti
- Pembangunan Produk
- Penempatan Kerja
- Jasmani & Rohani
- Keusahawanan
- Mentor & Mentee
- Kemahiran
- Bimbingan & Kaunseling
- Latihan
- Pengurusan Kewangan
- Corporate Social Responsibility (CSR)
- Pendigitalan
- Padanan Kerjaya
Isi Butiran Anda
Sila pastikan anda telah menjadi ahli Myoku-JKM terlebih dahulu.
Andai masih belum – mohon daftar dahulu borang Keahlian MyOKU-JKM dan kembali mengisi borang ini kemudian.









